Banyak orang sering diutarakan soalan yang sama, antara kaca atau permata? Tetapi seringkali orang memilih permata kerana merasakan ia mewah, membawa keuntungan yang besar kepada pemiliknya. Dengan kilauannya boleh membuat seseorang khayal seketika, dibuai keindahannya, dirasuk kecantikannya, namun ramai yang terlupa, kaca juga memiliki kelebihannya. Mampu membiaskan cahaya dan kukuh sifatnya.
Bukannya kaca hanya digambarkan sebagai nipis tetapi apabila disusun ia boleh menjadi prisma, menghasilkan tujuh warna yang indah, seindah pelangi yang dicipta oleh Allah s.w.t.
Namun kita sering membanding-bandingkannya, tanpa berfikir bahawa kedua-duanya memiliki keistimewaan tersendiri. Kedua-duanya memiliki kelebihan dan kelemahan, seperti permata, tampak indah, menjadi pujaan terutamanya di kalangan wanita namun ramai terlupa ia juga merupakan benda yang sering membuat manusia terleka, tamak. Begitu juga dengan kaca, putih bersih warnanya belum menjanjikan keindahan dan kelebihan kerana ia sangat berbahaya. Serpihannya boleh membuat tangan kita terluka.
Menilai kaca atau permata bukanlah dengan hanya pandangan mata, tetapi melihat kepada apa yang tersirat di sebaliknya. Mengapa agaknya ia dicipta? Tentu ada hikmahnya, dan mengajak kita semua berfikir, bukan hanya membuat perbandingan. Kaca dan permata hanya sesuatu yang zahir, nilainya pada sesuatu yang abstrak di sebalik penciptaannya, begitu juga dengan kita, manusia. Antara kaca dan permata, kedua-duanya sama, hanya benda yang sama, terhasil walau dari elemen yang berbeza namun asalnya dari batuan semata.
Menilai kaca dan permata bukan dengan pandangan mata sebaliknya dengan pandangan hati. Permata bernilai tapi sering diburu tanpa disedari manakala kaca lut sinar warnanya tapi sangat mudah untuk pecah.
Antara kaca atau permata? Mana satu pilihan kita? Moga Allah tunjukkan apa yang baik untuk kita. Kedua-duanya sama sahaja. Terpulang pada kita.
Christmas poem
10 years ago
0 comments:
Post a Comment